TRIGGER PPT

Anda pernah dengar 'trigger' dalam power point? Trigger adalah salah satu animation setting dalam custom animation power point. Trigger bermaksud 'Start Effect On Click Of ....'. bermakna kita boleh setup sesuatu effect dengan klik sesuatu (objek, gambar, dsb). Dengan adanya trigger ini kita mampu membina satu ABM yang lebih menarik dan mudah. Ini kerana dengan adanya Trigger kita boleh setup bila animasi tersebut akan berlaku dengan tepat.
Berbagai bagai bentuk ABM boleh dibentuk hanya dengan memanipulasi trigger seperti:

BAHASA MELAYU
  1. pilih huruf atau sukukata yang betul, 
  2. susun huruf menjadi perkataan, 
  3. susun perkataan menjadi ayat,
  4. cari perkataan tersembunyi
  5. padankan gambar dan perkataan
MATEMATIK
  1. bahan mengajar topikal (penceritaan konsep)
  2. pilih jawapan yang betul
  3. susun nombor
Sebenarnya banyak lagi bahan yang boleh dibentuk, ia bergantung kreativiti dan kemahiran masing-masing. 

No comments:

Post a Comment