Monday 30 July 2012

Kursus Siri 2 Di Kuantan, Pahang

Pada 29 Julai 2012, seramai 94 orang Guru Pemulihan Khas Linus dari negeri Terengganu dan Pahang telah mendaftarkan diri untuk menyertai kursus ini di Sanctuary Resort, Kuantan, Pahang. Cabaran berkursus ketika Ramadhan pastinya memerlukan pengorbanan yang amat besar terutamanya bagi yang bergelar ibu. Pada fikiran pastinya berkisar mengenai penyediaan juadah berbuka dan sahur suami dan anak-anak. Namun tanggungjawab sebagai GPML mesti dilaksanakan dan kursus ini pastinya tidak akan diabaikan kerana banyak impak untuk kerjaya sebagai GPML. Tahniah dan Selamat Berkursus.






No comments:

Post a Comment